Pages

Friday, 9 December 2011

Tema Sayur-Sayuran



Assalamualaikum.


Bagi rakan guru yang berasa sukar mendapatkan gambar-gambar sayuran untuk tema pengajaran, jangan pening kepala. Anda boleh gunakan bahan sebenar. Ianya lebih memudahkan kanak-kanak faham kerana mereka boleh:
1. melihat
2. menyentuh
3. merasa


Anda boleh melakukan beberapa aktiviti:
1. meneka warna atau nama sayur-sayuran
2. memasak sayur
3. membuat bubur
4. mengira
5. menguji rasa
6. menanam sayur
7. melukis gambar sayuran yang ditunjukkan
8. membuat kolaj
9. membuat capan menggunakan keratan bendi, kentang, kacang dan sebagainya.


Guru boleh membawa biji benih sayur dan di sini aktiviti yang boleh dilakukan adalah:
1. memadankan biji benih dengan sayuran sebenar
2. mengira biji benih
3. membuat kolaj
4. menanam biji benih dan membuat pemerhatian ( misalnya menanam kacang hijau untuk melihat pertumbuhan taugeh )



Aktiviti permainan kecil juga boleh dilakukan dengan membuat pergerakan biji benih tumbuh menjadi sebatang pokok lalu ditiup angin. Di sini anda akan dapat memperkenalkan konsep dari kecil ke besar, tinggi rendah, berat ringan dan sebagainya. Ubahsuai kaedah anda untuk menarik minat kanak-kanak. Bagi guru-guru pelatih mungkin agak sukar untuk membuat sesi pengajaran anda berjalan lancar tetapi bagi guru lama rasanya sesi ini sangat mudah. 

Anda boleh akhiri sesi pembelajaran dengan menyanyi lagu bertema sayur. Lagu apa? Alahai...gubahlah senikata sendiri. Saya yakin ramai guru-guru prasekolah pandai menggubah lagu. Buktinya semasa kursus, banyak senikata lagu kanak-kanak digubah dengan melodinya yang ditiru dengan lagu-lagu hit semasa. 




No comments:

Post a Comment